Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 30, 2008

Survei IPS

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Seperti Y. Bhg. Dato’/Datin/tuan/puan sedia maklum, Institut Pengajian Siswazah (IPS) sedang menjalankan penyelidikan dan kajian meliputi pelbagai isu yang melibatkan pengajian siswazah. Hasil penyelidikan ini akan dibincang semasa Bengkel Pelan Strategik Pengajian Siswazah USM yang dijadualkan dari 18 hingga 20 Disember 2008.


3. Sehubungan itu, sukacita sekiranya Y. Bhg. Dato’/Datin/tuan/puan dapat meluangkan masa mengambil bahagian dalam online survey berikut:-


i) Soalselidik ‘Supervisory Style’ dengan melawati laman web www.jasad1.net/ips

ii) Soalselidik ‘Viva Voce’ dengan melawati laman web www.jasad1.net/viva


4. Seterusnya, saya ingin memohon kerjasama Y. Bhg. Dato’/Datin/tuan/puan untuk memanjangkan perkara ini kepada semua staf akademik di pusat pengajian/pusat masing-masing. Tarikh akhir untuk online survey ini ialah pada 1 November 2008.


Segala kerjasama serta kesudiaan Y. Bhg Dato’/Datin/tuan/puan meluangkan masa mengisi borang soalselidik ini saya amat menghargainya dan mengucapkan terima kasih.


Sekian.



PROFESOR ROSHADA HASHIM

Dekan

Institut Pengajian Siswazah


No comments: