Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, October 13, 2008

JEMPUTAN KE PROGRAM "BENGKEL INTERAKTIF: PENULISAN NOVEL ISLAMI & MAJLIS PELANCARAN FORUM LENGKAR PENA (MALAYSIA CHAPTER)"

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami berbesar hati menjemput Dato/Datin/Prof./Dr./Sir/Madam/Tuan/Pn beserta seluruh jajaran pengurusan/pekerja/pelajar/penulis ke program yang telah kami rencanakan bertajuk "Bengkel Interaktif: Penulisan Novel Islami & Majlis Pelancaran Forum Lengkar Pena (Malaysia Chapter)" sebuah program yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia.

3. Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Sasterwan Dunia Islam yang terkenal Ust. Habiburahman el-Shirazy (penulis novel monumental Ayat Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih) bersama teamnya.

4. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan satu platform/ wadah bagi penulis-penulis tanahair yang cenderung kepada penulisan bernuansa Islam & nilai-nilai luhur budaya yang murni dan sarwajagat berkumpul dan bertukar-tukar idea serta merancang kegiatan penulisan yang dapat membina satu peribadi ummah yang tunduk, beraqidah dan berkepatuhan.

6. Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato/Datin/Prof./Dr./Sir/Madam/Tuan/Pn kerana sudi meluangkan masa meneliti surat ini. Besarlah harapan kami agar jemputan kami ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Dato/Datin/Prof./Dr./Sir/Madam/Tuan/Pn. Semoga program ini memberi satu perspektif dan dimensi baru dalam melihat kaedah dan pendekatan pembangunan masyarakat. Keterangan lanjut berkenaan program boleh layari http://www.akarbina.com/newsevents.htm

Sekian, terima kasih

Yang benar,

MOHAMMAD HAFIZ B MOHD YUSOF
Pengarah Urusan

Akar Bina Training & Consultancy

Email: akarbina@gmail.com

Website: www.akarbina.com

No comments: