Salam, Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
1. Untuk makluman Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan, bersempena dengan Bulan Pengajian Siswazah USM yang akan bermula mulai penghujung November sehingga Disember 2008, Institut Pengajian Siswazah akan menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan pengajian siswazah.
2. Antaranya adalah :
Taklimat Bantuan Kewangan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan Ph.D di USM
Tarikh : (Ahad) 30 November 2008
Tempat :Bilik Latihan, Institut Pengajian Siswazah
Jam: 9:00 pagi - 4:30 petang.
Organisasi yang akan memberikan taklimat pembiayaan kewangan : USM (IPS & RCMO) , Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Yayasan Khazanah Malaysia,dan PTPTN.
3. Berikut adalah soft copy poster berkenaan taklimat ini, untuk tujuan hebahan di peringkat PTJ. Walau bagaimana pun, poster ini juga telah diedarkan secara hard copy ke PTJ.
4. Sehubungan ini, saya ingin memohon bantuan Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada mana-mana pelajar sarjana muda/sarjana yang berminat untuk mengetahui tentang bantuan kewangan yang terdapat di USM sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master/Ph.D. ke USM.
Bantuan hebahan yang diberikan oleh pihak Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Regards,
HANI SORAYA AHMAD
Assistant Registrar
IPS
Universiti Sains Malaysia
11 800 Penang
MALAYSIA
Tel :++(6)04-653 2935
E-mail : hani_soraya@notes.usm.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment