Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 12, 2008

JEMPUTAN MENGHADIRI PUBLIC TALK "DISCOVER QURAN"

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Sains Malaysia akan
menganjurkan Public Talk yang bertajuk Discover Quran pada Jumaat, 9.00
pagi-11.30 pagi, 14 November 2008 bertempat di DK G 31, Pusat Pengajian
Sains Matematik, USM.

Ceramah ini akan disampaikan oleh Prof. `Abdullah ibn `Abd al-`Aziz
al-Muslih, Dr. `Abdulilah Al-Hify dan Dr. `Abdul-Gawad al-Sawi yang
merupakan tiga ahli sains Islam terkenal di benua Arab dan Eropah.
Sekarang mereka bertugas di Sekretariat Kajian Sainstifik al-Qur'an dan
al-Sunnah yang merupakan salah unit di Rabitah al-Alami al-Islami yang
berpusat di Saudi Arabia.

Objektif ceramah ini ialah mendedahkan kepada masyarakat Islam dan bukan
Islam tentang fakta-fakta sains yang terkandung dalam al-Qur'an dan
al-Sunnah secara ilmiah dan akedamik. Ceramah akan disampaikan dalam
Bahasa Inggeris dan diiringi tayangan video. Masuk adalah percuma.


NAZRUL HASSAN
Penolong Pengarah Unit Penerbitan dan Perpustakaan

No comments: