Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 14, 2008

PERSIDANGAN KEBANGSAAN SASTERA REMAJA 2008

Tarikh
23 – 24 Disember 2008
(Selasa – Rabu)

Tempat
Dewan Budaya,
Universiti Sains Malaysia (USM),
Pulau Pinang

Anjuran
Bahagian Kesusasteraan,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia

dan
Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak
dan Remaja (PURNAMA),
Dewan Bahasa dan Pustaka

dengan kerjasama
Bahagian Pendidikan Guru
(Kementerian Pelajaran Malaysia),
Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
JPN Pulau Pinang dan
Jabatan Belia dan
Sukan Pulau Pinang



Bidang kesusasteraan remaja seharusnya dipandang serius dalam kalangan masyarakat, khususnya pengarang, penerbit, pembaca dan pengkaji. Khalayak pembaca dan masyarakat umum dahagakan karya sastera remaja yang hebat dan berkualiti. Namun, sehingga kini karya sastera remaja masih berada pada tahap yang tidak memberangsangkan. Walau bagaimanapun, bukan tidak mungkin, kelak muncul barisan penulis yang mampu melahirkan karya besar yang bermutu dan terkehadapan dalam dunia kesusasteraan remaja. Perkara ini boleh berlaku terutamanya apabila wujud suasana yang kondusif bersama-sama perancangan dan usaha yang bersesuaian. Untuk memilih, menerima dan mengabsahkan nilai sesebuah naskhah karya remaja, pelbagai aspek perlu dihalusi dan diteliti. Sehubungan dengan itu, maklumat daripada penyelidikan, pengajaran dan juga pandangan para sarjana dalam seminar ini diharap dapat dikongsi bersama dengan harapan supaya Kesusasteraan Melayu dapat menjana minda remaja ke arah pembinaan negara bangsa. Selari dengan situasi kini, seminar ini diharap dapat mengupas isu-isu yang berkaitan dengan karya, psikologi, misi, visi dan kritikan terhadap sesebuah sastera remaja.

Seminar ini bertemakan “Sastera Remaja: Menjana Korpus, Membina Khalayak”.



• Membicarakan secara kritis tentang ciri dan sifat yang perlu ada dan dipertahankan pada karya sastera remaja.
• Merangsang pertumbuhan pengarang baharu karya sastera remaja, di samping menampung ketekalan pengarang mapan yang sedia ada.
• Merangsang kelahiran karya sastera remaja yang hebat dari segi persoalan, mutu bahasa dan mutu seninya, dan berdaya saing pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
• Menggalakkan penerbitan karya kesusasteraan remaja yang berkualiti dalam bahasa Melayu.
• Membina khalayak sastera remaja yang jitu, khususnya dalam kalangan generasi muda Malaysia, agar mereka dapat pula menjadi khalayak karya sastera yang lebih serius pada masa hadapan.


Kertas kerja boleh ditulis hasil daripada penyelidikan, kajian dan tinjauan terhadap kajian-kajian lepas atau dibentangkan berdasarkan pengalaman pengajaran, berupa saranan atau komentar terhadap isu-isu yang berkaitan dengan:

• Keseimbangan komersialisme dan estetika dalam sastera remaja
• Karya dan psikologi remaja
• Motivasi dan visi pengarang dalam sastera remaja
• Sastera remaja dan kritikan: ke arah pembinaan khalayak yang unggul


Persidangan ini terbuka kepada kumpulan sasaran yang berikut:

- Pensyarah
- Guru dan guru pelatih
- Pegawai pendidikan
- Penulis
- Penggiat sastera
- Penerbit
- Pelajar IPTA
- Sesiapa sahaja yang berminat dalam kesusasteraan remaja

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Urus setia,
Persidangan Kebangsaan Sastera Remaja 2008,
Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM),
11800 Minden, Pulau Pinang.

Telefon : 04-6533378 (Dr. Rahimah A. Hamid, USM)/ 03-21481148 (Puan Nawal Hanim Lope Zainal Abidin, DBP)
Faks: 04-6563707 (USM) / 03-21414109 (DBP)
E-mel: imah@usm.my/nawal@dbp.gov.my

No comments: